Empat gol Salah semarakkan Liverpool, Palace kembali bernafas

Mohamed Salah terus mempamerkan musim sulungnya yang hebat dengan Liverpool apabila pemain sayap Mesir itu menjaringkan empat gol, mencatat rekod kelab menumpaskan Watford 5-0.

Crystal Palace pula mendapat nafas baru bertakat dalam Liga Perdana dengan kemenangan 2 -0 di Huddersfield pada Sabtu (17 Mac).

Salah telah menjaringkan 36 gol bagi Liverpool dalam semua pertandingan sejak berpindah daripada Roma tahun lalu - jaringan paling banyak oleh sebarang pemain dalam musim pertama dengan Liverpool.

Penyerang Sepanyol Fernando Torres menjaringkan 33 gol untuk Liverpool pada 2007-08.

Liverpool naik  dua mata di atas Tottenham ke tempat ketiga sedang mereka berusaha melayakkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan dengan menduduki empat kedudukan teratas.

Palace pula, selepas empat kekalahan berturut-turut, merangkak keluar daripada zon penyingkiran.

Kemenangan pertama Palace dalam lapan perlawanan liga meletakkan mereka dua mata di atas tiga pasukan terbawah.

Huddersfield berada tiga mata di atas Southampton, yang jatuh ke zon penyingkiran.





Sumber: Beritaharian